5 Cara Cegah Covid-19

 Dalam keadaan sekarang bila orang sebut Covid-19 semua orang rasa cemas dan takut. Bila keluar beli barang pun kita rasa tak selamat jika bersesak dikawasan orang ramai.


Kami di PCH amat bimbangkan korang semua. Kes COVID-19 makin hari makin naik. ... dan kami tahu korang sibuk dengan aktiviti masing-masing.


Jom korang kita baca 5 Cara cegah yang perlu korang amalkan untuk cegah COVID-19.


1) Korang Cuci Tangan




Korang kena selalu cuci tangan gunakan air dan sabun. Kalau dah banyak pegang barang atau permukaan umum cepat cepat korang cuci tangan ya.



2) Korang Amalkan Penjarakkan Sosial




Korang kalau pergi keluarkan duit kat ATM, beratur kat pasaraya, tengah tunggu Bas pastikan jarakkan sekurang-kurangnya 1 meter.



3) Korang Pakai Penutup Muka




Bila korang keluar rumah WAJIB korang pakai Penutup Muka. Pastikan bahagian yang ada warna kat luar dan yang putih tu kat bahagian dalam.



4) Stay At Home




Kalau korang tiada perkara yang mustahak di luar. Terbaik duduk kat rumah bersama keluarga lagi win. Tapi korang lapar boleh order je makanan gunakan perkhidmatan penghantar makanan. Nak kongsi yang PCH ada sediakan servis hantar makanan ke tempat anda dan kalau area 5 KM dari kedai PCH pun boleh gunakan Food Panda.



5) Pakai  Pembasmi Kuman



Korang kalau boleh nak kemana-mana pastikan dalam hand bag, poket seluar dan kereta mesti ada Pembasmi Kuman. Jadi kalau tersentuh objek ditempat awam boleh terus guna.


Comments

Popular posts from this blog

"8 Tips Untuk Pemanduan Semasa Hujan"