"8 Tips Untuk Pemanduan Semasa Hujan"
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah... sejak dari minggu lepas kita dah dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah. Kalau sebelum ini kita tak dapat keluar disebabkan PKPB kini dah bolehlah untuk balik kampung atau bercuti ditempat peranginan. Tapi jangan lupa SOP perlulah kita jaga " Kita Jaga Kita".
Cuma kita sekarang dah masuk musim tengkujuh hujan nak dikatakan setiap hari... ada negeri yang mengalami banjir. Ada yang terpaksa dipindahkan ke pusat perpindahan banjir. Kita doakan semuanya selamat. Untuk yang hendak merancang untuk bercuti ke tempat peranginan yang jauh dari tempat tinggal atau yang nak balik kampung..di sini PCH ingin berkongsikan Tips untuk pemanduan pada musim hujan.
Tips Pemanduan
Tip 1.
Pastikan kita mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Rehat yang cukup dapat memberikan kesegaran dan tenaga untuk pemanduan.
Tip 2
Periksa ramalan cuaca sebelum bergerak. Sekarang amat mudah untuk kita semak ramalan cuaca sebab pada handphone kita dah ada apps yang boleh memberikan informasi terkini situasi cuaca. Jadi kita boleh bersedia.
Tip 3
Periksa tayar, break dan pengelap cermin hadapan dan belakang. pastikan semua dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk kita gunakan. Tak nak pula ia boleh menyebabkan kemalangan dan percutian kita akan terganggu.
Tip 4
Jangan memandu terlalu dekat dengan kenderaan hadapan kita. Takut bila kereta hadapan memberhentikan kenderaan dengan kecemasan kita masih sempat brek kenderaan kita.
Tip5
Nyalakan lampu hadapan dan bukan lampu kecemasan. Jika lampu kecemasan risau pengguna lain terkeliru kemungkinan kereta hadapan berhenti.
Tip 6
Fokus kepada pemanduan...jangan gunakan telefon bimbit...membaca...makan..dan lain-lain.
Tip 7
Pastikan mengikuti kelajuan yang telah ditetapkan.
Tip 8
Dan jangan dilupa sebelum mulakan perjalanan yang jauh terbaik berdoa untuk keselamatan sekeluarga sepanjang perjalanan. Ada ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Muhadir Hj Jol, kata beliau sebelum memulakan musafir lebih elok lakukan solat sunat musafir dua rokaat dan memberi sedekah ke dalam tabung Masjid atau surau.
Diharap tips tadi boleh membantu kita dalam keselamatan untuk memulakan perjalanan. Untuk kesempatan ini PCH (Patin claypot House) ingin memaklumkan kedai PCH beroperasi sepanjang hari kecuali hari isnin bermula jam 11 pagi hingga 8 malam dan untuk hari jumaat, sabtu dan ahad sehingga jam 10 malam. Mana tau kalau ada yang ingin bercuti di Melaka atau destinasi ke selatan boleh singgah di PCH. terima kasih.
Comments
Post a Comment