"8 Tips Untuk Pemanduan Semasa Hujan"
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah... sejak dari minggu lepas kita dah dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah. Kalau sebelum ini kita tak dapat keluar disebabkan PKPB kini dah bolehlah untuk balik kampung atau bercuti ditempat peranginan. Tapi jangan lupa SOP perlulah kita jaga " Kita Jaga Kita". Cuma kita sekarang dah masuk musim tengkujuh hujan nak dikatakan setiap hari... ada negeri yang mengalami banjir. Ada yang terpaksa dipindahkan ke pusat perpindahan banjir. Kita doakan semuanya selamat. Untuk yang hendak merancang untuk bercuti ke tempat peranginan yang jauh dari tempat tinggal atau yang nak balik kampung..di sini PCH ingin berkongsikan Tips untuk pemanduan pada musim hujan. Tips Pemanduan Tip 1. Pastikan kita mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Rehat yang cukup dapat memberikan kesegaran dan tenaga untuk pemanduan. Tip 2 Periksa ramalan cuaca sebelum bergerak. Sekarang amat mudah untuk kita semak ramalan cuaca sebab pada ha...